| Litter star world |
- CRUSH -
Friday, July 19, 2013 • 10:55 PM • 0 comments

Assalamualaikum semua , harini puasa tak ? hmm , selamat berpuasa dan hana doakan semoga hari ni adalah hari yang gembira untuk korang okeyy .



#np --> ku tetap menanti :'(

'' i love walking in the rain cause then no one know i'm crying"

Ya Allah , kenapa mesti ada rasa sedih dan sebak dalam hati ini . Aku hanya anggap kau macam abang aku dan kawan rapat aku . Tapi aku tak boleh nafikan mungkin jauh disudut hati aku yang dalam , aku suka pada kau . Aku memang selalu bergurau suka pada kau . Dan aku tak sangka gurauan aku sebenarnya terlekat dalam hati aku . Dalam diam aku suka dekat kau . Dalam diam aku ambil berat pada kau dan mungkin kau tak nampak semua tu sebab kau hanya anggap aku best friend kau yang selama ni baik dengan kau , yang selalu jadi pendengar setia kau mendengar semua keluhan kau . Walaupun sebenarnya apa yang kau ceritakan pada aku membuat hati aku menangis . Memang sakit kan bila kita meminati dan menyayangi seseorang tapi kita hanya simpan dan simpan dan simpan sampai keras dalam hati .

Kau mungkin tak pernah tahu , dan tak perasan , masa tu kau tak tegur aku mungkin sebab kita ada gaduh . dan aku terasa hati dengan kau . tapi tetiba kau datang semula  pada aku dan menceritakan perkara yang lama kau tak ceritakan pada aku . Waktu tu kau nak minta 'couple' dengan someone . Kau minta nasihat dan tunjuk ajar dari aku . Hahahaha . Aku cuba gelak untuk tahan air mata aku dari keluar . Memang mata aku dah berair masa tu . Tapi sabar , yelah , biarlah dia ada orang lain , biarlah aku mencintai dia dalam diam tanpa dia tahu . Aku bagi nasihat macam macam dekad kau then lepastu kau 'couple' dengan dia . Lepas kau pergi dari tempat tu . Air mata aku dah tak dapat tahan lagi . Aku melalak sekuat hati . Mungkin kau akan kata aku over kalau kau dengar cerita aku ni sebab aku syok sendiri . Tapi apakan daya . Kita manusia . Ada perasaan . Bukan robot . 

Selepas semua ni berlaku hubungan kita renggang . Tapi kita rapat balik lepas kau clash dengan si dia . Kau gurau gurau dengan aku macam dulu . Aku pergi rumah kau dan kita berborak . Hati aku rasa gembira sangat . Setelah sekian lama aku tunggu saat untuk berbaik macam dulu semula . Tapi kegembiraan aku tak lama . Hati aku hancur berderai selepas tengok gambar gambar kau dengan 'si dia' . Iaitu orang yang aku tak suka . Pada mulanya aku hanya berfikir mybe kau hanya suka ambil gambar dengan dia je . Tapi dah lama lama aku perhatikan . Kau kerap dan sering kali bermesraan dengan dia . Sakit hati aku tapi aku sabar . Siapa aku nak marah kau berkawan dengan sesiapa kan . Sampai sekarang perasaan sakit tu masih ada .

Kau tahu kenapa aku buat entry ni . Sebab baru kejap tadi aku TERnampak gambar yang baru kau ambil dengan dia . Sangat mesra kau dengan dia . Kau tahu kenapa aku marah ? Kenapa aku sedih ? Sebab aku terkilan . Dulu kau pernah cakap . Kau tak suka dia . Kau tak suka perempuan gedik macam dia . Tapi kata kata kau semua DUSTA belaka . Kau dah tertawan dengan dia . Ye mungkin sebab dia ada benda yang orang lain tak ada . Tapi aku memang terkilan . Takpelah . Aku akan cuba buang perasaan sayang suka dan cinta pada kau . Aku akan cuba anggap kau tak lebeh dari bestfriend forever aku . Semoga kau bahagia dengan pilihan hati kau . 


Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apa pun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu

Jadi , biarlah aku mencintaimu secara sederhana di dalam dia .

#Lupakan cinta focus on SPM . Doakan 9a++ milik hana . Amin 







PASTFUTURE
PRINCESS PINK


7 Pinky An Non |







TALKIE TALKING