| Litter star world |
❤ SABAR ITU SEMEMANGNYA INDAH ❤
Wednesday, January 25, 2012 • 6:40 AM • 0 comments
         Hana merasakan diri hana sungguh bertuah sekali kerana dilahirkan dan diciptakan untuk mendampingi seorang kaum adam yang sangat baek dan tulus hati budinya . Bagi hana tiada sesiapa yang dapat mengganti si dia . Dia cinta pertama Hana . Memory bersama die tak akan Hana lupakan dan akan hana ceritakan kembali kepada anak anak Hana pabila hana sudah berkahwin dewasa kelak .

Pada tanggal 28 August 2009 , Seorang lelaki telah melamar hana . Ohh sweetnya . Biasalah pada awalnya jual mahal akhir nya . Terima juga sebab rayuannya sangat memukau serta melihat kesabarannya di sakiti ketika ditolak permintaan couplenya itu . Ya Allah . kini aku begitu merindui si dia . Hanya di laman ini sahaja aku dapat meluahkan segala isi hati aku betapa aku merindui si dia . 

Dikenali sebagai Syahid atau name manjanya Opai telah kembali kerahmatuAllah pada tanggal 19 Desember 2011  

Awak . awak ingat lagi tak ? saya masih ingat . Mula mula kite kenal asal dari facebook . Saya sombong sangat . Awak tetap bersabar . Setiap kali saya online saya tengok name awak ada . Saya terus off chat saya . Awak tak putus asa . Hantar jugak mesej dekad inbox saya ucap 'hye ganggu ke ?'' saya tak balas . Lepas tu saya update status semua awak like awak coment . Selepas sebulan saya taklayan awak , awak mcm menghilang diri , Tertanya tanya pada diri saya , mungkin awak dah fed up kodd , Ish tu lah , kuad sangat kan jual mahal saya dekad awak time tu , mula lah saya stalker fb awak tu , eh comelnya budak ni bisik hati saya , okey , saya tak pilih muka wak , tp saya terharu sangat awak sabar setiap masa nak tegur saya , Sekali tu waktu malam , ececeh sweet time tu , awak tegur saya , ceett , saya balas kan awak ? bergelak awak first time selama sebulan awaka tegur saya , baru saya balas , 

Malam itu kita chatting-II . Selang bape hari lepas tu awak tanya saya ade skype ke tidak . saya cakaplah malas nak buadd . lepas tu awak cakap 'nah gunalah skype adik saya' . eh adik awak tak marah ke ? haha . biarlah . Lepas tu kite skype . First time saya dengar suara awak . Tengok muka awak . Awak comel awak tahu ? Muka awak ade lesum pipit lepas tu awak pakai spect sambil senyum senyum . alolo . comel sangat awak . Masa tu hati saya dah mula terpikat kat awak .

Bulan 7rasanya awak mintak no telepon saya . Dekad 5-6 kali saya tipu awak . Saya main reke je no sesape . Haha . Awak punya laa mengong kan ? Pergi percaya . Lepas tu awak cakap saya tipu tipu awak . Awak cakap kalau dapat jumpa saya awak nak babap saya . Alah tak takut . hihi . Setiap masa jam minit kita mesej . saya selalu tanya awak . tak bosan ke mesej saya sentiase . Takboleh berenggang langsung . Awak kata hati awak gembira bila ade mesej masuk kat enset awak tu . Siap awak tulis kan lirik lagu mesej awak lagi tu . Pade mule saya pikir apa taw mesej yang awak sent kat saya tu . Rupanya mesej tu berbunyi suara rakaman awak sendiri . Saya susah nak percaya awak lepastu saya kalau lau betol awak kol saya , saya nak dengar lagu tu , eh betol lah , sweetnya awak , sedangkan kita tak kapel lagi pun kan ? hihi , 

First kita date sebagai kawan dekat mahkota prade . Saya cari awak punyalah susah . Dah banyak kali saya dengan kawan kawan pusing satu mp tu . Saya nampak banyak geng geng . Tapi saya tak tahu mane satu geng awak . Lepas tu . Time saya lalu kat mc'd mp . Saya nampak sorang budak lelaki . Macam awak kod . Tapi awak buad donno je . Lepas tu gelak gelak gn membe2 tu . Saya pun hiraukan je lah . Sekali time kat atas bowling saya telepon awak . awak tak angkat . Saya mengadap ke Al-ikhsan . Sekali time saya mesejtu saya dengar bunyik rakaman suara awak yang awak buad khas tok mesej dari saya . Saya toleh ke belakang . AstagfiruAllahalazim . Topi awak tutup mata saya berdepek . dushh . Naseb tak pengsan bau topi awak yang minyak wangi mcm awak sembur satu botol tu . hee . Kan dah kate budak yang gelak gelak td tu awak sebab topi tu lah yang budak tu pakai . Tapi saya xnampak muka awak lagi sebab di sebalik topi tu awak diri . Okey saya tepis topi tu . Aik ? Kenapa lain je muka ? Buad buad merajuk la sebab kene tipu . Nak toleh ke belakang . Terkejut sungguh . awak yang berdiri tercegat . Ya Allah betapa gembira hati saya awak tahu ? First time tatap muka awak . Awak lebih comel dari apa yang saya nampak dalam gambar . Lepas tu saya sapa awak . Awak tak janggal langsung . Suara awak kelakar kan ? Lepas tu time nak makan baru saya tahu awak ade gigi dua lapis . Alahai . Punya pengotor awak time saye tegur awak de dua gigi lapis awak pegi letak tangan awak kat situ then nganga mulot awak yg *mucux tu . hihi . sengal kan awak ? 

Kita habiskan masa mp dp . Jalan jalan . Lepas tu nak balek rumah dah . Ayah saya dah tunggu . Awak jerit dari seberang jalan . Awak cakap 'Nanti saya nak kahwin dengan awak' saya cakap . ape lah budak ni . haih . budak segan je . Teeet teeet mesej masuk . Berlari amek phone . eh budak ni baru jumpe dah mesej . Lepas tu awak ucap thanks layan awak . Okey awak , asalkan awak bahagia . 

28 August 2009 awak lamar saya . Terus saya terima . Hahaha . Happynya

Start daripada kita kapel je . Kite selalu jumpa . Ada one day tu . Kite jumpe lepas tu kite gaduh dekad Parkson . Saya nak beli baju tu . Awak nak beli baju warne pink . Awak kate pink tu comel . Saya marah marah awak . Awak mcm tak de perasaan . Pergi jugak test baju tu sedangkan tu baju mcm gurls punya baju . Awak nak bayar dekad kuanter . Terpakselah amek . Die dah bagi . Tapi . tetibe awak lari pegi fitting room kate ade barang tertinggal . Saya pon tunggu . Sekali awak kua pakai baju yang baru beli tu . Haih . hensem jugak awak kan pinkyy . haha . Saya ingat lagi . Time kat askeletor . Orang lain gh sedap sedap lenggang kangkung diri sambil turun to underfloor awak pegi tekan butang stop . Tetibe bende tu berhenti . Semue pandang especially mak cik depan kite . Awak tarik tangan saya lari laju laju . Hahaha . Apa lah awak . 

Tetibe one day tu .Awak tak mesej saye langsung . Saya kol awak pun xdapat . Then ade mesej masuk dari nombor kawan awak syahmi . Dia cakap awak tenat . Sebab sakit jantung . Ade dekad hospital putra . Saya punye risaunyaa . Dahlah mase tu jiran saya tengah buad kerja kawin . Saya dah kehulu kehilir cakap dengan jiran saya pasal awak . tetibe ami cakap awak dah stabil . Saya lega lah . Bape minit pastu ami kate awak xdapat diselamatkan . awak dah meninggal . saya kata saya takpercaya . banyak kali saya kata ami penipu . dia kate betol . saya dah nangis nangis . Aik suspend nye pulak lepas tu ade mesej dari no awak . Cakap 'hai sayang' . Kata dah xde . Sah sah penipu . Lepas tu tanya ami . Ami kate doktor salah bagitahu orang . Orang lain yg dah meninggal tu . Haih budak dua orang ni . Pegi telepon aimi . Adek awak . Tanya awak kat mane . Dia kate awak pegi main bola kat padang . Okey sah sah awak komplot menipu . Saya merajuk off henset bagai dekad 3 hari . Sepi tahu tanpa awak . Saje kan merajuk biar awak pujuk . Merajuk merajuk pun jumpe jugak . haha . Kali ni keluar jaya jusco je . Awak bagi saya pengetuk kepala angry bird warne merah hitam . Comel sangat kan awak muncung dia ? hihi . Kat situ awak mula lah bermadah . Dengan ade bende ni . Awak kate kalau awak nakal sila ketuk awak . Haha . saya suke main bende tu . Sepanjang perjalanan kite , saye ketuk ketuk kepale awak . Bende tu ade bunyik kan ? ILEBIU ILEBIU . ha . kelakar je . 

Dah nak  11bulan  kite kapel time tu . Saya gn awak gaduh lagi Hal besar . Awak ego saya pun ego . Perangai kite masing masing dah berubah kan awak ? Kite gaduh sampai maki memaki dalam henset lepas tu awak lah yang kuad undur diri . Mengalah n pujuk . Lepas tu gaduh gaduh dan gaduh lagi . Sampai saya deactive fb . Cume gune fb kawan je tok neok fb awak . One day saya bace semue status awak . Semue awak luah kan isi hati awak . Tentang perangai saya . Dan awak kata awak tak kan pernah cari lain sebab saya lain dari yang lain . Awak tetap sabar dan sabar . 

Rindu nak poke poke si dia :'*( - status dia dulu
Kenape dia berubah dengan sekelip mata ?

And macam macam lagi status dia . Hanya itu yang hana ingat . 
Awak . Saya mintak maaf . Hari tu saya kol awak . Suare awak lain . Awak demam rupanya . Posak saya mintak maaf . Akhirnya awak maafkan . Dalam telepon tu awak nyanyi lagu tanpa - sixth sense tuk saya . ingat tak awak ? saya record taw suare awak . Matang sangat  . 

Petang tu awak kata nak jumpa saya . Sebab hari tu hari anniversary kite yang ke 1tahun 9bulan . Kite jumpe kat padang . Awak pakai baju + cap yang saya bagi kat awak . Saya nampak perubahan kat muka awak . Muka awak pucat . Kenapa awak pakai cap ? saje ke  ? demam ke ? saye try nak bukak cap tu awak  halang . Saya bagi awak gambar kita yang kite amek time kite sambut bufday saya . Awak conteng gambar tu . Haih kejamnye awak . Awak tulisan kat baju saya dalam gambar tu . Mama sayang papa . Lepas tu kat tengah tengah tu awak lukis patung lidi . sorang laki , 3 pompuan ramainye . Saya tanye sape tu org lidi . Awak kate awak nak anak 3 sorang laki dua pompuan . Lelaki dapat ganti kan awak bila awak dah takde . Pompuan 3 orang boleh jage saya . Sorang tukang masak . Sorang kemas rumah . Sorang basuh baju . So saye xyah buad pape keje . haha . gila gila je otak awak . Awak mintak memory phone saya . Awak masuk kat phone awak . Rupanya awak masuk kan lagu banyak2 . Semue lagu jiwang jiwang endon . Hati saya tak berapa sedap tengok perangai awak berubah mcm pelik . 

Malam tu . Awak hantar mesej kat saya . Awak cakap . selamat malam princess . jumpe di syurga . Mimpikan syahid . Syahid sentiase merindui hana . Okey hana mula sebak bace mesej tu . Dah nak tidur bertalu2 mms masuk . Semua gambar teddy bear ilove you i miss you and mcm2 . Hana hantar mesej cakap die lorat . Hihi . Die kate lorat untuk org yg die tahan dan sabar selame hidup dia . 

Pagi besok mcm biase selalunya dia kejut hana . Tapi die lom mesej . Mungkin tidur lagi sebab penad . Hana biarkan dulu . Tunggu tunggu takde pun mesej . Decide lah nak pegi rumah die sekali gus nak amek novel kat adek die . Pergi rumah die tengok ramai orang . Eh ? kenapa ? Pakcik pakcik tua pakai songkok haji ramai . Hana masuk . Membe hana ade . Amira . Hana tanya kenapa ? sape meninggal ? Amira dengan terkedu kedu kata . Syahid dah takde . Hana takpercaya . Hana lari masuk dalam . Hana tengok mak syahid tengah cium dia . dia dah terlantar atas lantai tu . Berjujurai air mate hana mengalir tengok die kat situ . Aimi datang dan memeluk hana kata abang kesayangan nya telah tiade . Dihati ingin sahaja memelukknyadengan erat dan tak relakan kepergiannya . Tetapi apakan daya . Sebelum dia die kapan kan sepenuhnya Hana mengucup dahinya dan pada pertama kali dalam hidup hana , hana berbisik ditelinginya , hana sayang syahid dan nak kahwin dengan syahid , hana mengulang ayatnya time first time kami jumpa . Air mata hana membasahi muka arwah . Hana tak dapat menahan Kesedihan ini . Untunglah mak dia dan keluarganya tahu hana couple syahid . Hana memeluk mak cik farah sambil berkata sabar makcik . Hana memandang syahid untuk terakhir kali nya . Begitu sayu di hati ini . Hana tertanya apakah sebab kematiannya ? 

Selepas kenduri arwah . Hana duduk disamping aimi dan adiknya asyraf , Abang ada penyakit apa ? abang ade penyakit barah otak dan dah menderita selama 3 tahun . Aimi kata Syahid ade menyimpan diary untuk Hana . Selepas pualng kerumah hana bace setiap helain itu . Menangis hana sebab banyak masa telah hana buang dengan bergaduh dan mengsia siakan pengorbanan dan kasih sayang dia . Dia ada kata bacalah memo dalam enset hana dan dengarkan lah semua lagu yang dia tujukan untuk hana . Dia kata hana takpernah ucap sayang pada dia . Hana mintak maaf syahid . Hana segan untuk katakan nya . Tetapi ingin syahid tahu dia atas sana . Setulus hati hana , hana SAYANG akan syahid !! Sekarang baru hana tahu betapa die mencintai hana denggan setulus hatinya . Walau ramai kata cinta di alam persekolahan ini cinta monyet tapi cinta syahidlah cinta yang paking suci yang tiade siape dapat mengganti . Setiap kali hana merindui syahid hana akan mengetuk kepala hana sendiri dengan angry bird itu . Kini juga hana sentiase memakai baju pink yang diberikan olehnya . 

Syahid hanya nak syahid tahu yang hana rindu syahid sangat sangat2 . Kini hana dah tak dapat tahan lagi syahid . Semoga syahid tenang di sana . Hana tak kan menangis dan akan simpan didalam hati sahaja tangisan ni sebab syahid kata syahid tak suke hana nangis kan ? Syahid . InsyaAllah kite akan bertemu di syurga jika diberi keizinan Allah S.W.T 
 
Syahid . Hana akan tunaikan semue yang syahid nak iaitu seperti gambar di atas ini syahid . seorang anak lelaki dan 3 anak perempuan . walau hana berkahwin dengan orang lain . Hana sayang syahid . Wassalam . 


FUTURE
PRINCESS PINK


7 Pinky An Non |







TALKIE TALKING